Jumaat, 24 Oktober 2008

Resepi kek coklat


Bahan-bahan ( 18 cm ) kek coklat :
* 150g coklat
* 50g mentega
* 50cc susu segar
3 biji telur
50g tepung
10g serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
40g gula aising
Secubit garam
Cara-cara :
Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko
Campur semua bahan * . Cairkan di atas api yang kecil. Bila mentega dah cair, padamkan api.
Panaskan oven ke 140 degree
Asingkan telur kuning dan putih.
Masukkan secubit garam dalam telur putih. Pukul sehingga berbuih. Bila dah berbuih, masukkan gula sikit demi sikit. Pukul lagi sehingga telur gebu
Dalam mangkuk lain pukul pula telur kuning sehingga jadi macam mayonis. Kemudian masukkan cairan coklat tadi. Pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Kacau sehingga sebati.
Masuk pula telur putih sedikit dan dikacau. Ulang sampai habis.
Bakar selama 45 minit.
Selepas 30 minit dibakar, tutup permukaan kek dengan aluminium foil untuk mengelak permukaan kek daripada hangus.
Untuk hiasan bolehlah ditabur dengan gula aising
resepi kek coklat